PUTRAJAYA, 5 November 2026 – Satu sesi libat urus telah diadakan antara Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) melalui Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan.
Libat urus ini bertujuan untuk menyelaras Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) di samping memperkukuh pematuhan terhadap keperluan perundangan serta meningkatkan keberkesanan tadbir urus selaras dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Pihak HARMONI dihadiri oleh Saudara Saudara Ahmad Luqman bin Zali, Pengerusi HARMONI, Saudara Faizal Adha bin Istas Fahrurazi, AJK Pusat HARMONI dan Saudari Hani Nabilah binti Izuddin, Pegawai Sepenuh Masa HARMONI. Sementara itu, pihak ROY diketuai oleh YBrs. Dr. Hjh. Siti Nazariah binti Hj. Abdul Razak bersama En. Azwandy bin Anuwar, Pn. Suhailah binti Mohd Sa’at, En. Faizul Rizal bin Mat Saat dan En. Mohamad Hamizey Qusyairi bin Abdullah.
Diharapkan sesi libat urus ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta memastikan penyelarasan dan pematuhan MYKD dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan demi memperkasakan tadbir urus pertubuhan belia.




















