




KOTA KINABALU, 4 Ogos 2025
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah telah menerima kunjungan daripada Pengerusi Kelab Remaja Kampung Ulu Kimanis, Puan Dayang Alusiaasyurah binti Robert. Kunjungan Puan Dayang ke Pejabat ROY Zon Sabah adalah bertujuan untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Kelab Remaja Kampung Ulu Kimanis.
Dalam kunjungan ini, Puan Dayang turut menerima sedikit bimbingan dan panduan dalam pelaksanaan Mesyuarat Agung Kali Pertama yang perlu dilaksanakan selepas mendapat sijil pendaftaran kelab yang merangkumi pelantikan semula ahli jawatankuasa baharu mengikut perlembagaan kelab dan penyediaan laporan Maklumat Yang Kena Diberi. Beliau juga turut diingatkan untuk menyediakan laporan MYKD mengikut tempoh yang telah diberikan. Laporan MYKD Pertama yang perlu dihantar adalah ;
Dengan sedikit bimbingan yang telah diberikan, diharapkan agar Kelab Remaja Kampung Ulu Kimanis dapat melengkapkan MYKD dalam tempoh yang telah ditetapkan serta sentiasa konsisten dalam penghantaran MYKD. Diharapkan juga agar kelab dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan belia komuniti setempat.
KOTA KINABALU, 5 OGOS 2025;
Encik Erzan bin Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah Bahagian Keningau telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah.
Tujuan kehadiran beliau adalah untuk menghantar dokumen pendaftaran bagi Kelab Belia Kampung Terasing. Selain itu, Encik Erzan juga telah mewakili Kelab Belia Kampung Masalui dari Daerah kecil Sook dan Kelab Belia Gemilang Kampung Membulu dari Daerah Keningau untuk mengambil Sijil Pendaftaran bagi kelab-kelab tersebut.
Seperti sebelum ini, sijil ini akan diberikan secara serahan tangan kepada Pengerusi, Setiausaha atau wakil kelab masing-masing. Ketika serahan sijil, ahli kelab akan diberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berhubung pelaksanaan Mesyuarat Agung Pertama, Lantikan Pemegang Jawatankuasa, Pembukaan Akaun Bank dan Penyediaan Laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) pertama. Kelab-kelab baru di Sook dan Keningau ini telah mengikuti Program Sesi Libat Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 yang telah diadakan pada bulan April 2025 lalu, oleh itu kelab telah sedia maklum berhubung Pelan Transisi Umur Belia yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2026.
Tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Kampung Masalui dan Kelab Belia Gemilang Kampung Membulu. Dengan ini diharapkan agar kelab-kelab belia di Bahagian Keningau khususnya dapat memberikan komitmen dalam pembangunan belia dan mampu menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat di sekitar mereka.







KOTA KINABALU, 16 JULAI 2025 - Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Sabah telah menerima kunjungan daripada Puan Nuralisa Maisarah Wasni selaku Pengerusi Kelab Belia Kampung Kawang Lama. 
Kunjungan beliau bertujuan untuk menyerahkan laporan Maklumat Yang Kena DiBeri (MYKD) yang merupakan MYKD pertama bagi kelab ini. Laporan Maklumat Yang Kena DiBeri adalah pelaporan yang wajib dihantar oleh setiap kelab yang berdaftar dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia selaras dengan Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
Diharapkan agar kelab ini mampu memberi komitmen penuh mereka dalam tadbir urus kelab dan penghantaran MYKD setiap tahunan tanpa gagal.


![]()
Aras 4, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62520 PUTRAJAYA
Phone: 03-88810842
Fax: 03-88810058
Email: roy_hq@kbs.gov.my