
Program Bicara Transisi Belia Peringkat Zon Timur telah diadakan dengan jayanya bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang. Program ini berjaya mengumpulkan seramai 157 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia di zon timur.

Program BTB ini adalah salah satu kaedah pihak ROY bagi mendekati pertubuhan belia dan golongan belia yang tidak berpersatuan, di samping memberikan khidmat nasihat mengenai permasalahan yang dihadapi dari segi tadbir urus pertubuhan.

Pelbagai pengisian yang bermanfaat serta penuh dengan informasi diadakan pada program ini antaranya sesi perkongsian:
📌 "Bicara Akta 668" yang di sampaikan oleh Encik Hasnata bin Hasan, Pendaftar Pertubuhan Belia.
📌 “Jom Berpersatuan” yang disampaikan oleh Encik Saharuddin bin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.
📌 “Integriti dalam Pertubuhan Belia” yang disampaikan oleh Encik Mohamad bin Hussain, SPRM Negeri Pahang.
📌 Sesi Perkongsian “Malaysia MADANI” yang disampaikan oleh Puan Norazma binti Mat Husin dan Puan Suhaila binti Mamat, Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pahang.
📌 ”Sesi Interaktif ROY Trivia” yang disampaikan oleh Encik Muhammad Mohsien bin Jamaluddin, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Irshadi bin Abdullah Al-Qari, Ahli Dewan Negeri Pahang. Turut hadir bersama adalah Puan Norlelah binti Abdul Karim, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang, Tuan Haji Osman bin Bukhari, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dan Encik Saharuddin bin Ahmad, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang.
#malaysiaMADANI #YakinBoleh #TeamROY
#BicaraTransisiBelia #akta668




















